Wednesday, February 16, 2011

MANUAL dengan INDI RSI

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,


Saya ingin berkongsi pengalaman dan cara trading manual dengan indikator RSI kepada kengkawan semua. Bagi yang dah terrer tu tutup mata jer lah.. Saya ada buka satu akaun demo khas untuk trading secara manual dengan indikator RSI.


Berikut ialah setting untuk indikator RSI:


Level: 0, 10, 20, 30, 50, 70, 80, 90, dan 100.


Timeframe (TF) yang digunakan untuk trading manual menggunakan RSI ini ialah H1. Trading dengan RSI ini boleh dikatakan secara SWING jangka pendek. Sila lihat indikator RSI dalam gambarajah di bawah:

Cara-cara nak masuk order ialah seperti berikut:

1. Pastikan kita menggunakan tidak lebih 2% daripada margin. Kalau berani lagi, kita boleh guna 5% daripada margin. Contohnya: akaun mini 2000usd, 2%=40usd=2.00 lot. Bermakna akaun kita boleh bertahan 1000 pips untuk swing.

2. Target Profit terpulang kepada kita samada nak letak TP 30, 50, 100 dan sebagainya. Tujuan TP ialah supaya kita boleh tidur lena.

3. Trading manual dgn RSI ni hanya untuk 1 hala sahaja. Jika Buy, tunggu dah TP barulah boleh buka SELL.

4. Waktu nak masuk order BUY ialah: BUY 1= RSI di level 30, BUY 2= RSI di level 20, BUY 3= RSI di level 10 dan BUY 4= RSI di level 0. TP terpulang kepada kita, tak nak letak TP pun takpe sekiranya kita masih online. Samada TP atau tidak, kita mesti Close semua BUY tu apabila RSI mencapai Level 70.

5. Waktu nak masuk order SELL pula ialah: SELL 1=RSI di level 70, SELL 2=RSI di level 80, SELL 3= RSI di level 90 dan SELL 4= RSI di level 100. TP utk SELL ini pun seperti BUY juga. Close semua SELL tu apabila RSI mencapai level 30.

6. Kenapa ada BUY 1,2,3,4 dan SELL 1,2,3,4? Terpulang kepada kita sebenarnya. Tetapi jangan lebih dari 4 order BUY/SELL. Sekiranya kita nak buka hingga 4 BUY/SELL, kita kena bahagikan 2% daripada margin tu kepada 4. Bermakna setiap 1 SELL/BUY tu hanya 0.5% daripada margin sahaja.

7. Sekiranya BUY/SELL tu tak mencapai level RSI seperti yang diterangkan di atas, biarkan ia floating. Biasanya ia akan tercapai juga ke level RSI yg berkenaan.

INGAT!!! Disiplin menggunakan MM dan kesabaran amat penting dalam kaedah manual ni. Kaedah manual menggunakan RSI ni amat mudah difahami.

SELAMAT MENCUBA. Wassalam.