Tuesday, January 18, 2011

PROJEK SABAR 2011 (18/1/2011)

Salam Kengkawan,

Saya bina sebuah akaun DEMO khas utk Projek Sabar 2011 sebagai rujukan. Akaun demo ini tidak akan diganggu dgn TIPs yang saya berikan. Kita sama2 perhatikan berapa lama kita mendapat jumlah keuntungan $3500 hingga $5000. Berkenaan akaun REAL saya sebelum ini, akhirnya kecundang kerana kerakusan diri sendiri yang tidak mengikuti TIPs. Saya terlalu awal melawan Trend iaitu semasa Price masih di R1 dan saya telah gandakan Lots kepada 0.2 lot. Akibatnya, akaun tidak mampu bertahan apabila Overbought berlaku. Saya harap kengkawan sekalian mengambil iktibar dari apa yang berlaku. Setakat ini, semua TIPs yang saya berikan masih relevan lagi. Jangan takut untuk menggunakannya. Apa yang berlaku kepada akaun REAL saya tu tidak berkaitan dgn TIPs yang diberikan.

Thursday, January 13, 2011

PROJEK SABAR 2011 (13/1/2011)


Masih ada floating lagi..harap2 GU boleh turun sehingga 1.5700 malam ni.. Kalau kengkawan nampak Sell Limit di situ, itu adalah manual kerana saya set Maxtrade kepada 8 sahaja. Saya buat begitu kerana saya telah gandakan permulaan lot dari 0.1 kepada 0.2 lot. Sekiranya saya set Maxtrade kepada 10, bermakna akaun tidak dapat bertahan lama sekiranya GU terus Uptrend. Bagaimanapun, saya tak galakkan kengkawan ikut cara saya kerana ia agak merbahaya. Memadailah ikut setting default sahaja.

Wednesday, January 12, 2011

TIPs Menggunakan EA MWA System secara berkesan!!!

TIPs #3

Salam Kengkawan...

LUBUK DUIT menggunakan EA MWA System adalah terletak di Resistance 3 dan Support 3 (keutamaan utk pair GU).

a. Time Frame M1. Set ONLY SHORT jika Price berada di R3 dan sebaliknya jika Price di S3.

b. Gandakan setting Lot kepada 2x atau 3x. Contohnya: Asal = 0.01 lot, boleh naikkan kpd 0.02 lot atau 0.03 lot.

c. Sila set Maxtrade di bahagian Input EA daripada 10 kepada 7 atau 8 sahaja. Tujuannya ialah sekiranya OP mencapai maxtrade 7 atau 8, maka kita ada OP 9 dan OP 10 yg masih kita simpan. Selain itu, tujuannya ialah jika Price masih naik melampaui R3 atau turun melampaui S3, kita dah standby utk mengaut keuntungan yg besar dgn 2 OP yg masih tak dibuka. Apabila kita yakin Price akan berlaku Reversal, kita ubah Maxtrade di bahagian Input kepada 9 dahulu. Sekiranya Price naik/turun lagi dgn agak banyak, kita ubah Maxtrade di bahagian Input utk kali terakhir iaitu 10. Biasanya, pada masa ini kita mesti mencapai TP.

Sekiranya kita berjumpa dgn situasi ini, jangan lepaskan peluang. Cubalah TIPS yg saya berikan ini. Saya yakin kita akan mengaut keuntungan yang besar. Insyaallah.

Wassalam.

Tuesday, January 11, 2011

Kita Ubah Sedikit Proses Projek Sabar 2011 !!!

Assalamualaikum Kengkawan,


Saya nak ubah sedikit proses untuk mencapai Projek Sabar 2011 supaya lebih memberi semangat kepada kita. Memandang misi jangkamasa untuk PS2011 ini tercapai ialah 10 bulan TETAPI ia sebenarnya boleh tercapai lebih awal dari tempoh masa itu sekiranya kita mengikuti Tips2 yang telah diberikan dan akan diberikan.
Bagi menambahkan keyakinan kita, saya akan mula membuat pengeluaran mengikut peringkat2 tertentu sepanjang PS2011 ini.

Peringkat 1: Apabila Balance mencecah US$6000, maka keuntungan selepas itu akan dikeluarkan sehingga mencapai US$2000 iaitu mengeluarkan MODAL ASAL supaya jika perkara tidak diingini berlaku (Margin Call), modal kita dah dikeluarkan. Pengeluaran akan dibuat SETIAP HARI mengikut keuntungan harian yang diperolehi pada hari2 tersebut.

Peringkat 2: Setelah MODAL ASAL dikeluarkan semua, PENGELUARAN ke atas keuntungan akan dibuat setiap 4 minggu sekali. Bagaimanapun, pengeluaran keuntungan tidak dibuat 100% tetapi hanya dibuat 30% daripada keuntungan selama 4 minggu itu sahaja yang dibuat. Manakala, 70% keuntungan lagi akan ditambah menjadi modal untuk trading 4 minggu yang berikutnya sehinggalah Projek Sabar 2011 ini tercapai dalam tempoh selewat2nya 10 bulan dari ia dilancarkan.

Peringkat 3: Apabila modal dah mencecah US$20000, maka pengeluaran akan dibuat setiap kali keuntungan mencapai US$3500 hingga US$5000 tidak kira berapa lama ia tercapai.

Oleh itu, diharap 3 peringkat ini akan memberi lebih semangat untuk diri saya dan kengkawan melihat perkembangan pelaksanaan Projek Sabar 2011 dengan menggunakan EA MWA System sepenuhnya.

Wassalam

PROJEK SABAR 2011 (12/1/2011)