Tuesday, January 11, 2011

Kita Ubah Sedikit Proses Projek Sabar 2011 !!!

Assalamualaikum Kengkawan,


Saya nak ubah sedikit proses untuk mencapai Projek Sabar 2011 supaya lebih memberi semangat kepada kita. Memandang misi jangkamasa untuk PS2011 ini tercapai ialah 10 bulan TETAPI ia sebenarnya boleh tercapai lebih awal dari tempoh masa itu sekiranya kita mengikuti Tips2 yang telah diberikan dan akan diberikan.
Bagi menambahkan keyakinan kita, saya akan mula membuat pengeluaran mengikut peringkat2 tertentu sepanjang PS2011 ini.

Peringkat 1: Apabila Balance mencecah US$6000, maka keuntungan selepas itu akan dikeluarkan sehingga mencapai US$2000 iaitu mengeluarkan MODAL ASAL supaya jika perkara tidak diingini berlaku (Margin Call), modal kita dah dikeluarkan. Pengeluaran akan dibuat SETIAP HARI mengikut keuntungan harian yang diperolehi pada hari2 tersebut.

Peringkat 2: Setelah MODAL ASAL dikeluarkan semua, PENGELUARAN ke atas keuntungan akan dibuat setiap 4 minggu sekali. Bagaimanapun, pengeluaran keuntungan tidak dibuat 100% tetapi hanya dibuat 30% daripada keuntungan selama 4 minggu itu sahaja yang dibuat. Manakala, 70% keuntungan lagi akan ditambah menjadi modal untuk trading 4 minggu yang berikutnya sehinggalah Projek Sabar 2011 ini tercapai dalam tempoh selewat2nya 10 bulan dari ia dilancarkan.

Peringkat 3: Apabila modal dah mencecah US$20000, maka pengeluaran akan dibuat setiap kali keuntungan mencapai US$3500 hingga US$5000 tidak kira berapa lama ia tercapai.

Oleh itu, diharap 3 peringkat ini akan memberi lebih semangat untuk diri saya dan kengkawan melihat perkembangan pelaksanaan Projek Sabar 2011 dengan menggunakan EA MWA System sepenuhnya.

Wassalam

No comments:

Post a Comment